Saturday, July 26, 2008

Hiasan Rumah Pula ...

selain dari hiasan di pejabat ... aktiviti kraftangan boleh juga dibuat sebagai hiasan di rumah .... sekarang ini boleh dilihat banyak kedai-kedai hiasan yang mempromosikan scrapbooking ... macam masa sekolah dulu pulak buat scapbook ...
sebenarnya ...
dengan sedikit kreativiti ... kita juga boleh membuat scrapbook yang cantik dan menarik ... sebagaimana yang dihasilkan di kedai-kedai tersebut ...



imej-imej di atas merupakan antara scrapbook yang telah saya hasilkan ... tapi ianya belum 100% siap lagi ... imej-imej di bawah merupakan hasil akhir ...


dengan bingkai yang bersesuaian ... scapbook yang dihasilkan akan lebih menarik untuk dipaparkan sebagai hiasan di rumah ...






jika puan-puan mempunyai masa yang terlebih ... boleh lah dibuat scrapbook untuk hiasan di pejabat pula ... untuk saya .. hanya sempat untuk membuat scrapbook untuk hiasan di rumah sahaja .....




puan-puan boleh menghubungi saya untuk berkongsi idea bagaimana untuk menghasilkan scrapbook yang boleh dikatakan custom made ... dengan idea kita sendiri ...
saya juga memerlukan pendapat dan respond puan-puan mengenai presentation blog saya ini ... mungkin ianya hambar atau membosankan ... saya juga boleh bertukar-tukar idea dengan puan-puan ... mana tahu kita boleh bekerjasama untuk membentuk satu kraftangan yang menarik .... siapa tahu ....
ok ... sampai di sini sahaja buat kali ini ... insya Allah kalau ada hasil kraftangan yang baru ... akan saya kongsikan di sini ... wassalam

Hiasan Fail






setiap pejabat pastinya dipenuhi dengan fail-fail yang membosan dan menyemakkan pandangan .. untuk mengubah pandangan tersebut ... puan-puan boleh lah mengubahkannya dengan menggunakan ring file yang bewarna putih ...



seperti contoh di bawah ini ...





kebaikan ring file ini adalah kerana ia mempunyai ruangan untuk menyelitkan tajuk atau nombor rujukan bagi fail tersebut ... namun begitu ruangan tersebut boleh kita gunakan .. ataupun boleh saya kata salah gunakan dengan menyelitkan dengan kertas-kertas hiasan bagi mengurangkan rasa bosan kepada fail-fail tersebut ...





Monday, July 7, 2008

Hanya Satu Sudut Kecil Di Pejabat


walau hanya terdapat satu ruangan kecil di suatu sudut .. ia mampu memberikan impak dan dapat dipergunakan seoptimum mungkin. yang penting adalah cara dan corak penyusunan barangan perhiasan ... ingat !!! tujuannya adalah untuk menghias ... bukannya menyemakkan ruangan pejabat kita ...


kotak-kotak yang telah dihiaskan perlu disusun kemas ....selain dari memberikan impak sebagai perhiasan .. kotak-kotak tersebut perlulah mempunyai fungsi ... jika sekadar perhiasan ia akan hanya menyemakkan ruang pejabat kita ....



kotak berbentuk hati ini digemari oleh suami saya ... jiwang jugak mamat tu .. hehehe ...
selain berfungsi sebagai hiasan yang menarik dan unik ... ia juga berfungsi sebagai tempat menyimpan alatulis ataupun kertas untuk menulis nota ringkas ...







antara hiasan yang boleh dilakukan ke atas kotak-kotak terpakai ... hasilnya adalah berdasarkan daya kreativiti anda sendiri ... dan ianya boleh menjadi rekaan anda sendiri ... custom made ...

setakat ini sahaja buat masa ini ... sekarang masa untuk melayan anak-anak ... Insya Allah selepas ini akan saya kongsikan bagaimana rupa fail kerja yang membosankan dapat menceriakan suasana pejabat anda ...

~ zuraina said ~

Sunday, July 6, 2008

Sesi Pengenalan


kraftangan boleh dibuat dalam pelbagai bentuk ... bagi sesi pengenalan ini saya ingin berkongsi dengan para pelayar web blog ini berkenaan idea kraf di pejabat ... al maklumlah masa berkualiti lebih banyak dihabiskan di pejabat ... walaupun nisbah masa banyak di rumah ... namun masa di rumah banyak dihabiskan dengan tidur sahaja ... maka ruangan pejabat perlulah menarik bagi menimbulkan suasana positif .. bagi menjana idea, inspirasi dan motivasi ketika bekerja ...


di sini saya ingin berkongsi salah satu sudut di pejabat saya yang ditempatkan dengan fail dan beberapa kotak hiasan yang boleh diisi dengan pelbagai barangan dan alatan pejabat ...