Monday, July 7, 2008

Hanya Satu Sudut Kecil Di Pejabat


walau hanya terdapat satu ruangan kecil di suatu sudut .. ia mampu memberikan impak dan dapat dipergunakan seoptimum mungkin. yang penting adalah cara dan corak penyusunan barangan perhiasan ... ingat !!! tujuannya adalah untuk menghias ... bukannya menyemakkan ruangan pejabat kita ...


kotak-kotak yang telah dihiaskan perlu disusun kemas ....selain dari memberikan impak sebagai perhiasan .. kotak-kotak tersebut perlulah mempunyai fungsi ... jika sekadar perhiasan ia akan hanya menyemakkan ruang pejabat kita ....



kotak berbentuk hati ini digemari oleh suami saya ... jiwang jugak mamat tu .. hehehe ...
selain berfungsi sebagai hiasan yang menarik dan unik ... ia juga berfungsi sebagai tempat menyimpan alatulis ataupun kertas untuk menulis nota ringkas ...







antara hiasan yang boleh dilakukan ke atas kotak-kotak terpakai ... hasilnya adalah berdasarkan daya kreativiti anda sendiri ... dan ianya boleh menjadi rekaan anda sendiri ... custom made ...

setakat ini sahaja buat masa ini ... sekarang masa untuk melayan anak-anak ... Insya Allah selepas ini akan saya kongsikan bagaimana rupa fail kerja yang membosankan dapat menceriakan suasana pejabat anda ...

~ zuraina said ~

No comments: